bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Sekitar Pertandingan Palong 2011

       Palong merupakan sejenis perahu yang saiznya agak kecil dan hanya mampu memuatkan seorang sahaja (kanak-kanak). Palong juga merupakan perahu kecil bagi anak-anak nelayan di Kuala Perlis terutamanya di kampung Seberang Ramai. Pertandingan Palong sudah menjadi acara tahunan di kampung ini yang kebiasaannya akan diadakan pada hujung tahun (cuti sekolah). 
    Menerusi pertandingan ini, anak-anak di kampung ini dapat mengisi masa terluang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan secara tidak langsing akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Semgangat kesukanan dapat ditingkatkan selain menyihatkan badan. 
       Aktiviti sukan Palong dapat diketengahkan lagi ke peringkat negeri dan dijadikan acara tahunan seluruh Malaysia amnya dan acara tahunan negeri Perlis khasnya. Setiap tahun negeri Perlis akan mengadakan sukan air dimana acara-acara seperti lumba perahu panjang, kayak, bot berhias akan diadakan. Apa salahnya jika ditambah satu lagi aktiviti untuk kanak-kanak khasnya iaitu pertandingan lumba Palong. 
          Terdapat tiga kategori iaitu A1 bawah 12 tahun, A2 bawah 17 tahun, kayak vateren 40 tahun ke atas lelaki dan wanita. Dibawah adalah antara gambar-gambar yang sempat admin snap pada pertandingan Palong yang diadakan pada hari ini. Aktiviti ini bermula jam 9.00 pagi dan berhenti rehat sebentar jam 12.00 tengah hari dan akan bersambung pada jam 2.30 petang. Jom pakat kita meriahkan sukan Palong!

 Persaingan yang sengit bagi kategori A1.

 Laju dik laju!

 Nasib tidak menyebelahi salah seorang peserta kerana palong yang 
dinaiki karam sebelum sempat tiba ke garisan penamat.

 Urusetia sedang mengalihkan palong yang karam untuk digunakan semula.

 Jangan mengalah dik!

 Persediaan bagi kategori kayak vateren 40 tahun ke atas

Peserta A1 sedang bersedia di garisan pemulaan.

0 comments:

Post a Comment