bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Jom pi LIMA 2011!

LIMA 2011 


LIMA 2011 akan berlangsung bermula dari 6 Disember 2011 sehingga 10 Disember 2011. LIMA atau pon Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition yang hanya diadakan dua tahun sekali ini merupakan kemuncak bagi segala pameran yang berasaskan teknologi ketenteraan tidak mengira didarat, laut mahupon di langit. Tahun ini, insyaallah admin dapat mengunjungi pameran LIMA buat kali pertama. Maklumlah, admin menetap jauh di negeri orang walaupon admin ni orang utara. Tahun ni admin berpeluang ke LIMA oleh kerana admin sedang berprektikel di IKBN Kuala Perlis untuk selama empat bulan. Tak sabar rasanya nak melihat sendiri pameran LIMA ni. Selama ini, admin hanya menonton di kaca2 tv sahaja. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak pergi, bolehlah pergi pada dua hari terakhir iaitu pada 9 dan 10 Disember kerana 6 sehingga 8 Disember adalah untuk syarikat2, vvip, dan orang2 kenamaan sahaja. Bayaran masuk hanya rm10 sahaja seorang. Jom pakat pi ramai-ramai! 

Untuk lebih info, jadual pameran, jadual aktiviti, layout pameran, info-info terkini, bolehlah anda layari laman web rasmi LIMA di www.lima.com.my atau pun klik sini

Jumpe anda disana!  

0 comments:

Post a Comment