bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Manusia, Manusia...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Ape nak jadi la skarang ni. Sanggupkah kita nak biarkan kucing-kucing ini di tidurkan buat selama-lamanya?! Hanya kerana bau, kucing-kucing yang tidak berdosa ini menjadi mangsa. Kucing juga makhluk ciptaan Allah! Kucing merupakan haiwan yang manja. Ia suka dibelai dan dimanjakan. Tapi lihat! Apa nasib kucing-kucing ini sekarang! 

     Pihak DBKL juga patut memainkan peranan dalam melindungi haiwan ini sepeerti menyediakan tempat untuk haiwan ini tinggal. Bukannya menghalau keluar kucing-kucing ini keluar dari tempat tinggalnya! Pihak DBKL seharusnya memberikan tempoh masa yang lebih panjang untuk membolehkan Nicole pemilik kucing-kucing tersebut untuk mencari individu dan tempat yang baru untuk kucing-kucing itu.

     Syukur kepada Allah kerana ada lagi insan yang sanggup menjaga kucing-kucing terbiar ini. Sanggup mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit demi menjaga kucing-kucing ini. Semoga ada pihak yang sanggup membantu menyelamatkan kucing-kucing ini daripada segelintir penduduk Taman Tun Dr. Ismail yang begitu kejam.

     Semoga Allah membuka mata dan hati penduduk TTDI untuk sama-sama menjaga kucing-kucing yang comel ini. Jangan anda biarkan mereka ditidurkan buat selama-lamanya tanpa kerelaan. Sanggupkah anda menanggung dosa kerana menjadi penyebab kucing-kucing terbabit dibunuh?! Anda punyai otak dan akal. Fikir-fikirkanlah...