bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Update : H1N1 Influenza A


Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 6 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 16
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 16
Kes Kematian: 3

Jumlah Kes di Malaysia: 1,492 dengan jumlah kematian 14 orang.

574 (38%) merupakan kes import dan 918 (62%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,421 kes (95%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 11 orang. Manakala 43 kes sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 11 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post -delivery (1) dan bayi (2).

Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, sembilan (9) kes dirawat di wad dan 7 orang menerima rawatan pesakit luar.


Situasi Global

Sehingga 6 Ogos 2009, sejumlah 199,146 kes dengan 1,446 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 5460 kes dengan 85 kematian berbanding dengan hari sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment