bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

E-Book

  
Terengganu merupakan negeri pertama yang mengadakan kelas maya (virtual class) yang berasaskan pembelajaran berkomputer. E-book diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah di negeri Terengganu bermula dari darjah 4 hingga 6. Para pelajar sekolah tidak perlu lagi membawa buku-buku ke sekolah, cukup sekadar membawa e-book ini kerana e-book ini siap dilengkapkan dengan buku-buke teks darjah 4, 5, dan 6 yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bermacam-macam lagi applikasi menarik yang sudah di install di dalam e-book ini termasuk al-quran digital, fardhu ain dan lain-lain aplikasi. 

E-book merupakan komputer riba buatan Terengganu sendiri melalui syarikatnya Top IT Industries yang berpengkalan di Gong Badak Kuala Terengganu. E-book menggunakan platform intel atom. Spesifikasi bagi e-book ini adalah seperti berikut :

CPU  : Intel Atom N455 1.66GHz Turbo Boost 1.7GHz 512 L2 Cache
RAM : 1Gb DDR3
HDD  : 250Gb
GPU :  Intel Onboard
Display : 10.1 Inch LCD
WebCam : 1.3 Megapixel Camera
OS : Windows® 7 MSIS (Student) 
Weight : 1.2Kg (maximum)
Price : Free (Terengganu Student Only) Rm1185

TC atau pun Terengganu Computer 


Kotak e-book

Luaran e-book

e-book E-11 
  

Untuk maklumat lebih lanjut atau anda berminat untuk memilikinya, sila klik sini.


0 comments:

Post a Comment