bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Dah setahun berlalu...

Pejam-celik, pejam celik, dah setahun berlalu. Rasa macam baru beberapa bulan aku kehilangan kawan karib yang aku kenali sejak kecil. Memang pantas masa bergerak, sehingga tak terasa seperti ianya telah berlaku setahun yang lalu. Tanggal 12-10-2010, aku telah kehilangan seorang kawan yang begitu rapat buat selama-lamanya. Arwah Muhammad Safwan bin Mat Alim, salah seorang anggota polis balai polis Puchong Jaya, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran tempat arwah bekerja sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Arwah disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Pemergiannya amat mengejutkan. Mana tak nya, kami berkawan sejak dari tadika sehingga ke sekolah menengah dan dipisahkan apabila arwah menyertai pasukan kegemarannya sejak sekolah lagi iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia. Walaupun arwah jauh dikota raya Kuala Lumpur, namun persahabatan kami tidak terputus disitu. Kami sering berhubung melalui talifon, sms dan facebook untuk bertanya kabar berita. Biarpun arwah tiada di depan mata, tetapi arwah tetap hidup dihati kami. Semoga roh arwah Safwan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. 


Muhammad Safwan Bin Mat Alim
05.05.1990 - 12.10.2010
Al-Fatihah   

0 comments:

Post a Comment