Asalam... Tinggal beberapa hari jer lagi kite, umat Islam nak sambut hari raya... Ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bermula pada hari Khamis lagi... Seronok, seronok la jugak nak balik kampung... Tapi kena ingat, berhati-hati semasa memandu... Tidak kira moto, kereta mahupon bas... Kalau dah rasa mengantuk tu, berhenti rehat la sekejap... Tapi yang penting, sebelom memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik... Pastikan tekanan angin tayar kenderaan anda mencukupi dan bunga tayar kenderaan anda masih dalam keadaan yang baik iaitu >5mm... Jika kurang, pergilah tukar tayar tersebut... Jangan kedekut untuk menukar tayar baru, nanti nyawa anda yang menjadi taruhan... Patuhi undang-undang jalan raya terutama had laju...
Saya disini ingin berkongsi pengalaman saya semasa memandu (motosikal) baru-baru ini. Semalam, semasa dalam perjalanan pulang dari bandar Chukai, di simpang empat bukit kuang menghala ke perwaja, ada sebuah mpv toyota, memberi signal sebelah kiri dan membrek secara mengejut yang mengakibatkan saya hampir untuk melanggarnya... Dah la bagi signal lambat, brek mengejut plak tuh... Rasa macam nak langgar jer kerete tuh... Ingat2 la wei, signal kene bagi 3 saat dari tempat yang nak dituju tuh... Jangan main brek jer... Satu kes lagi terjadi tgh hari tadi... Semasa saya dalam perjalanan pulang dari bandar chukai menghala ke Giant Kijal, di hadapan kawasan penjualan lemang, ada sebuah mpv jugak model proton exora warna silver no. plat saya x ingat tapi kenderaan plat wilayah kuala lumpur masuk tgh jalan sesuka hati tanpa memberi signal terlebih dahulu... Dia tak tengok ker aku dah dekat dengan dier... Nasib baik la brek motor kawan aku ni OK... kalau x, beraya di hospital la jawabnya... Mau tak nyer, tgh2 laju tetibe ade kerete lain plak tetibe masuk...
So, kepada semua pemandu2 diluar sana, ingat! jgn anggap penunggang motosikal tu kecik... diorang pon manusia jugak... Jangan anggap ko besar ko bleh rule jalan tuh... ape perasaan korang bile pekare sebegini terjadi pada korang... mesti korang marah punyer... So, ingat! Hormati kenderaan yang berada diatas jln raya tuh tak kire besar atau kecik... Utamakan pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment