Sedar tak sedar hampir lima bulan arwah meninggalkan kami semua... Masih terasa seperti baru semalam kejadian tersebut berlaku... Wajah arwah ,asih bermain-main difikiranku... Masih kedengaran suara arwah, gelak ketawanya... Tapi, realitinya tidak begitu... Ia hanya khayalan... Arwah sudah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami...
12/10/2010 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan... Pada tarikh tersebut, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang begitu rapat denganku... Arwah merupakan seorang rakan yang memang teramat rapat denganku kerana arwahlah salah seorang sahabat yang terawal berkawan denganku setelah keluargaku berhijrah ke sini... Kami berkawan sejak kecil dan boleh dikatakan seperti adik beradik... Mana tak nya... Dari tadika ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah kami berkawan... Tidak pernah berenggang...
Arwah merupakan seorang anggota polis berpangkat constable di balai polis puchong jaya... Memulakan perkhidmatannya di balai polis tersebut pada pertengahan disember 2009... Tapi, perkhidmatannya tidak lama... Arwah terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah... Arwah yang bermotosikal dipercayai hilang kawalan, terbabas sewaktu melalui selekoh tajam dan kepala arwah terkena sebiji pasu yang diletakkan ditepi jalan yang megakibatkan pasu tersebut pecah... Arwah dikatakan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital...
Arwah tiba di kampung halamannya kira-kira jam 10.30 malam 12/10 dan selamat dikebumikan kira-kira jam 12.30 pagi 13/10... Cukup memedihkan apabila aku ditunjukkan topi keledar yang dipakai arwah sewaktu kejadian yang hampir terbelah dua... Tidak dapat ku bayangkan betapa kuatnya impak tersebut...
Apa-apa pon, kita yang hidup mesti teruskan kehidupan... Hanya doa yang dapat disedekahkan... Moga roh arwah Muhammad Safwan Bin Mat Alim dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Al-Fatihah...
0 comments:
Post a Comment