bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Review...

Assalam buat teman2 semua... Apa khabar? Diharap semua berada dalam keadaan yang sihat... Post kali ini akan berkisar mengenai beg travel/hiking Deuter dan Karrimor (bukan ori punyer tetapi dibawah pengeluar ori) yang saya beli baru2 ini...

Deuter Air Contact Pro 40+10 Liter...

Beg ni saya tak cuba lagi la... Sebab tak pergi travel or hiking... Biasa la, sekarang ni tengah sibuk... Tapi secara kasar, beg ni dari segi design memang cantik... Dari segi keselesaan sangat baik... Selesa dan tak terasa berat barang2 yang digalas (dah try buh baju2 dalam tuh)... Dari segi muatan plak, bleh tahan la... Banyak jugak baju2 yang buleh aku sumbat dalam tuh... Rain cover turut disediakan... Nak tak banyak2 kene beli yang besar punye la... Yang ni baru 50 liter... Cukop la dengan aku... Sesuai untuk hiking, travel, etc... Harga pon berpatutan... Rm150 tidak termasuk penghantaran...

Design - 9/10
Load (Medium Size) - 8/10
Comfortability - 10/10
Price - 8/10

Karrimor 20 Liter Eagle Bay...

Beg ni saya guna untuk letak laptop... 20 liter, cukup ker??? Jawapannya, cukup untuk laptop bersaiz 14' kebawah... tak terasa berat bila digalas... Ini mungkin kerana reka bentuknya... Design cantik... Bahagian belakang memlengkung sedikit... Itu satu kelebihan beg ini kerana mengikut struktur tulang belakang kita... Tambahan lagi, terdapat ruang antara bagian belakang beg dan belakang tubuh kita (ada jaring)... Ini membolehkan udara megalir di kawasan belakang badan kita... Rain cover juga turut disediakan... So, tak bimbang la kalau hujan... Memang kalis air (sudah dicuba pagi tadi masa on the way pegi keja tetibe hujan lebat)... Sesuai untuk kegunaan harian, hiking, biking, etc... Harga OK... Hanya Rm100 tidak termasuk penghantaran... 

Design - 9/10
Load (Small Size) - 7/10 
Comfortability - 10/10 
Price - 8/10

Kalau nak order bleh la SMS or email saje kepada : 

Faizal
phone : 012 - 3949435
email : deuterforsale@yahoo.com 
facebook : deuterforsale Faizal

Pantasnya Masa Berlalu...

Sedar tak sedar hampir lima bulan arwah meninggalkan kami semua... Masih terasa seperti baru semalam kejadian tersebut berlaku... Wajah arwah ,asih bermain-main difikiranku... Masih kedengaran suara arwah, gelak ketawanya... Tapi, realitinya tidak begitu... Ia hanya khayalan... Arwah sudah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami... 

12/10/2010 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan... Pada tarikh tersebut, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang begitu rapat denganku... Arwah merupakan seorang rakan yang memang teramat rapat denganku kerana arwahlah salah seorang sahabat yang terawal berkawan denganku setelah keluargaku berhijrah ke sini... Kami berkawan sejak kecil dan boleh dikatakan seperti adik beradik... Mana tak nya... Dari tadika ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah kami berkawan... Tidak pernah berenggang... 

Arwah merupakan seorang anggota polis berpangkat constable di balai polis puchong jaya... Memulakan perkhidmatannya di balai polis tersebut pada pertengahan disember 2009... Tapi, perkhidmatannya tidak lama... Arwah terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah... Arwah yang bermotosikal dipercayai hilang kawalan, terbabas sewaktu melalui selekoh tajam dan kepala arwah terkena sebiji pasu yang diletakkan ditepi jalan yang megakibatkan pasu tersebut pecah... Arwah dikatakan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital...

Arwah tiba di kampung halamannya kira-kira jam 10.30 malam 12/10 dan selamat dikebumikan kira-kira jam 12.30 pagi 13/10... Cukup memedihkan apabila aku ditunjukkan topi keledar yang dipakai arwah sewaktu kejadian yang hampir terbelah dua... Tidak dapat ku bayangkan betapa kuatnya impak tersebut... 

Apa-apa pon, kita yang hidup mesti teruskan kehidupan... Hanya doa yang dapat disedekahkan... Moga roh arwah Muhammad Safwan Bin Mat Alim dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...   
Al-Fatihah...

Duit-duit...

        Perlukah pelajar tatiuc yg sedang prektikel perlu membayar yuran perkhidmatan dan aktiviti yang berjumlah rm150 sedangkan mereka2 tersebut tidak menggunakan langsung kemudahan dan tidak menyertai langsung aktiviti yang dianjurkan... bagi mereka yang sedang prektikel, tapi menetap di tatiuclah yg harus membayar yuran tersebut! kerana mereka meggunakan kemudahan yang terdapat disana! Tapi kenapa mereka yang prektikel jauh dari tatiuc, langsung tidak menggunakan kemudahan tatiuc perlu membayar yuran tersebut! 

"Awak guna internet", saya pakai broadband... 
"Awak guna bas", saya pakai moto...
 "Awak tetap kene bayar sbb dah termaktub dlm buku panduan"... 

          Pekara ini boleh dipinda... Bkn sekarang, tetapi dulu!!! Tidak terpikirkah mereka ini bahawa mereka ini bukan kaye sangat pon!! Duit elaun yang pihak syarikat bagi pon sekadar mencukupi untuk hidop sebulan... Bil air, electric, telefon, makan, minum, minyak kenderaan (moto@kereta) sape yang bayar! tatiuc ker yg bayar??!! tidak!! pelajar tersebut yang harus membayarnye... Walau pon bagi mereka jumlah rm150 agak kecil, tp ingat2 la... kami ni pelajar... hangpa tu bekerja... duit gaji beribu-ribu... overtime lg... bonus lagi... lain2 duit lagi... kami ni pelajar... x de income pon!! 

           So, kesimpulan nyer, pihak pengurusan tatiuc sepatut nyer bertimbang rase r sikit dengan pelajar nih... rm150 x perlulah dibayar bg pelajar yang tidak menetap di tatiuc... hanye kenakan pada mereka yang menetap di tatiuc... 

PC Fair 2011 Kembali Lagi...

Asalam kengkawan...
Agak lame x post kat blog nih...
Maklum la, sibok...
Keje banyak...

Ade sesuatu yang nak dikongsikan bersame...
Pada hujung minggu ini,
4 Mac hingga 6 Mac 2011 


Bertempat di Sultan Ahmad Shah Convention Center, The Zenith Hotel,
pameran serta jualan barangan komputer akan berlangsung disana...
PIKOM PC FAIR 2011
bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam...
Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan tawaran harge murah...
Anda juga mungkin berpeluang memenangi hadiah yang cukop lumayan daripada pihak penganjur!!!
Saye pon akan turut hadir disane...
Jumpe anda semue disana!!!


for more information click this link