Serangan kapal Gaza: Netanyahu tak mahu minta maaf
2010/12/28
JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini memberitahu beliau tidak akan memohon maaf kepada kerajaan Turki berikutan serangan tentera Israel terhadap kapal misi Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis warga Turki, Mei lalu. “Kami tidak akan memohon maaf tapi kami hanya melahirkan rasa kecewa (terhadap serangan itu) kepada Turki," kata pemimpin Israel itu dalam satu temubual stesen televisyen swasta, Channel 10.“Kami tidak mahu askar kami dipersalahkan sebelum keputusan tribul antarabangsa. Askar kami bertindak mengikut prosedur biasa," katanya.Beliau berkata, tindakan meminta maaf hanya menimbulkan salah tafsiran seolah-olah negara itu memikul tanggungjawab penuh atas serangan itu.
Penjelasan Netanyahu menyusul sehari selepas Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman mengumumkan bahawa negara Yahuhi itu tidak sekali-kali meminta maaf kepada Turki berhubung serangan komandonya pada 31 Mei lalu.
“Tiada siapa yang akan meminta maaf kepada kerajaan Turki yang menyokong pengganas. Tiada permohonan maaf daripada Israel," katanya.
Hubungan Israel-Turki terjejas berikutan kejadian serangan terhadap Mavi Marmara - kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserang komando Israel bagi menghalangnya daripada memasuki wilayah Palestin itu. - AFP
Baboon tol la Israel!!!
dah la serang kapal bawak bantuan kemanusiaan kat lautan antarabangsa...
mmg shit la...