bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Stove Top Macaroni and Cheese...

Tibe2 je rase nak makan macaroni and cheese...
tapi kene tunggu sume org x de baru leh wat...
so ni la resepi dier...
senang dan simple giler...
so, slamat mencube...


Stove Top Macaroni and Cheese

Ingredients

1 8oz. box of elbow macaroni, cooked
and drained

1/4 stick butter

1 cup sharp cheddar cheese, grated




Sinar Harian Edisi Kemaman 15/10/2010...


Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Sinar Harian Edisi Terengganu 13/10/2010...

Hasrat bawa kekasih jumpa keluarga berkecai

KIJAL – Hasrat seorang anggota polis untuk pulang ke kampung halamannya esok tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam satu kemalangan di Puchong Jaya, Selangor, semalam.

Difahamkan, mangsa bercadang pulang ke kampungnya di Kijal, Kemaman untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya selain mahu memperkenalkan teman wanita yang dikenali Februari lalu kepada keluarganya.

Mangsa juga dikatakan berhasrat menunjukkan kereta yang baru dibeli kepada kedua ibu bapanya selepas setahun berkhidmat sebagai anggota polis.

Teman wanita mangsa, Nor Amalina Che Amat, 18, berkata, arwah Konstabel Muhamad Safwan Mat Alim, 20, memberitahunya hasrat itu selepas lapan bulan berkenalan.

“Sebelum ini saya tidak pernah bertemu ibu bapanya, tetapi arwah beria-ia mahu saya bertemu mereka Khamis ini (esok).

“Malah dia juga mahu menunjukkan kereta Proton Waja yang baru dibeli kepada kedua orang tuanya,” katanya yang masih sugul dengan berita itu.

Amalina berkata, arwah sebelum ini juga beberapa kali mengajaknya bertunang namun perkara itu belum dilaksanakan kerana bercadang mahu melanjutkan pelajaran.

“Kali terakhir saya bertemunya pada Sabtu lalu sebelum menerima berita menyedihkan yang meragut nyawanya.

“Apa pun saya reda dan pasrah dengan kejadian yang berlaku,” katanya kepada wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan ketika ditemui di pekarangan surau Balai Polis Puchong, petang semalam.

Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Balai Polis Puchong menuju ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Bukit Jalil dikatakan gagal mengawal motosikalnya di sebuah selekoh sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas sebelum merempuh pasu bunga dan dia tercampak ke tepi jalan.

“Akibat pendarahan serius pada bahagian kepala, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang,” katanya.

Razak berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang lagi anggota yang rajin, berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan tugas.

“Kita berasa kehilangannya apatah lagi mangsa meninggal selepas menjalankan tugas di balai.

“Apa pun kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan dan membantu menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang dan disemadikan di kampung asalnya di Terengganu,” katanya.


-dipetik dari Sinar Harian-

Kehilangan yg amat dirasai...

Selasa 12-10-2010
Jam 2 ptg...
Aku berada di bandar Chukai
untuk mengambil brg projek yg telah ditempah
2 minggu yg lalu...
lepas drp itu, aku bersama rakanku
pergi ke kedai berhampiran CP
untuk makan tghhari...
sesudah aku selesai mkn,
aku menerima panggilan drp ibuku
menyuruhku pulang dengan kadar segera...
hatiku mulai bimbang...
takut2 sesuatu yg buruk telah berlaku dirumah...
setibanya aku dirumah,
ibuku dalam keadaan sedih menyuruhku
bersabar terhadap apa yg akan diperkatakan nanti...
dengan teresak2nya, ibuku memberitahu,
kawan karibku, telah meninggal dunia...
aku terkejut dan tidak mempercayainya...
x tertahan sebakku mendengar berita itu...
dikatakan dia dilanggar oleh sebuah lori
sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja...
dia tercampak dan terkena pasu bunga hiasan di tepi jalan
dan dikatakan pasu itu pecah...
namun lori yg melanggarnya dikatakan lari meniggalkan tempat kejadian...
kejadian berlaku berhampiran Balai Polis Puchong Jaya...

aku berada dirumah tok ki nya pada malam itu
menanti ketibaan van yg membawa jenazahnya...
jam 10.45 p.m van yg membawa jenazahnya tiba dengan diiringi polis...
sempat juga aku melihat wajahnya dan mengucupnya buat kali terakhir...
sebelom membanya ke tanah perkuburan...
dlm jam 12.30 a.m jenazah telah selamat dikebumikan...
alhamdulillah semua selamat...

Kini aku telah kehilangan seorang kawan karib...
kami telah berkawan sejak kecil...
pahit duka, tawa riang telah banyak yg kami lalui...
Selamat tinggal wahai sahabat...
damailah engkau diasana...

Muhammad Safwan bin Mat Alim
05/05/1990 - 12/10/2010

Al-Fatihah

Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Amin...






Always be in our heart...
-Zariff,Mizi,Duan,Fazil,Bakhtiar,Mamat,Pejo-