bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Sekadar renungan bersama



Antara Ibu Dan Anak

Seorang lelaki
berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan
keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung
mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar
tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan
tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju
kearahnya.

"Bagaimana
keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf
encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu
sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi
bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan
berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si
ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut
kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......



"Maaf encik,
setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat
pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati
lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya
sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun
bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal
seperti ini. Dan dia tahu apa yang
harusdilakukannya.

------------
--------- --------- -------- ------------ ---------
--------- --------- -------

Ini adalah salah
satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi
keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama
kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak,
dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan
berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si
bayi.

Memang benar,
dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti
demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir
sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa
waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir
sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya
ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa
(Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang
sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat
lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa
mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu
lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk
tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum
dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya
belum sempat
ditebus.

Dalam ajaran
Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia
tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan
terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali
akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan
mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih
soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah
ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih
baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh
tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang
tersesat.

Demikianlah,
dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah
sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama
dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang
kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat
penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima
kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak
bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
>
Kita akan sering
dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Tambahkan diri dengan ILMU. Mudah2an selamat kita semua di
dunia & di akhirat. Amiin
.
>
Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment