bdk-adil™

.: Its All About Tech And Daily Life :.

Mari rehatkan minda...

tiga remaja dan tok imam...

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan
tok imam tak senang duduk.

pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat
eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa,
nanti
eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak
khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke
belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee
tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He
hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat
eden sembahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Undur Kereta <


Ada satu makcik, dia nak undur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anak dia. Anak dia ni baru umur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta,
kalau kena cakap yea!" "Ok!" kata anak dia. Mak dia ni pun undur la. "Lagi mak undur lagi" kata anak dia. "Lagi lagi" kata anak dia. Mak dia pun
undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggar pokok kat belakang. Anak dia pun menjerit" OK Mak, dah kena!"

Nyonya Kaya


Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.

Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu
dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke
sekeliling.

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua,
mali dari kampung, tatak (takde) tau duduk
hotel.. sudah baya latut latut (ratus ratus), lu kasi ini bilik ka??!! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun (tidur)
pun tatak?Huh, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift,
maaa....""

0 comments:

Post a Comment